|
Tuesday, October 10, 2006
Fine By Me The rocketship crashlanded stranded on the moon -NUNO BETTENCOURT ® P/S : Untuk my Siti_Irra... shin_asura taped a piece at 03:58 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Sunday, July 16, 2006
Daulat Tuanku! Haa...ni citer semalam.( 15 Julai 2006 ) Rupanyer training yang aku kena hadiri kat Balai Berita ( HQ aku ) itu hari sebenarnya adalah kelas/bengkel Managing Protocol Issues. Amende tu? Kelas ni khususnya memberi penjelasan mengenai err.....protokol la. Hahahahaha! Kelas/bengkel ni dibuat sebenarnya untuk memberi penjelasan terperinci kepada (ehem) kami-kami ni kalau nak buat majlis rasmi yang melibatkan Yang di-Pertuan Agung, Raja Permaisuri, kerabat di-Raja atau orang-orang kenamaan misalnya; apa yang boleh & tak boleh dibuat, patut ke tak patut dan sebagainya lah. Kira macam mana nak handle situasi yang formal gitu la. Kelas ni diselenggarakan oleh bekas pembantu 'Grand Chamberlain' Istana Negara iaitu En Omar.( real nice guy! ) Nape aku kena turut serta? Maklum la...aku pun 'kerabat' juga. Hahahahaha! Main-main je. Kompeni aku kan berkaitan media..... Walaupun kami kena belajar mengenai perkara yang formal tapi kelas berlangsung dengan agak spontan je. En. Omar juga bukan mengajar tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman beliau selama 12 tahun hidup di perkarangan Istana & kisah-kisah lucu beliau bersama dari Yang di-Pertuan Agung hinggalah ke kisah-kisah orang kenamaan. Aku pun dapatlah sedikit sebanyak mengenali perkataan-perkataan & penggunaan ayat di Istana dan juga fahamlah aku serba sedikit tentang gelaran-gelaran yang ada pada orang-orang kenamaan dan yang paling utamanye kedudukan/hierarki pemerintahan kat negaraku yang tercinta ni. Nak citer semua memang susah sebab En. Omar pun cakap dia pun dekat 12 tahun pening kepala nak ingat semua inikan pulak nak kami yang cuma ada 6 jam je untuk belajar semua. Naya! Dan untuk pengetahuan semua, Yang di-Pertuan Agung kita sekarang akan selesai berkhidmat (<--boleh ke?) pada 12 Disember tahun ini dan Agung yang seterusnya ialah dari Terengganu. Tapi En. Omar kata belum tentu lagi sebab Sultan Terengganu boleh menolak tawaran untuk jadi Agung berikutnya......ada la sistem perlantikan dia nanti tapi aku takleh nak citer semua. Bukan kedekut ilmu tapi aku pun belum berapa jelas sepenuhnya pasal benda-benda ni. Maklum la, rakyat jelata je. Nota: Semalam juga pelancaran untuk Harian Metro dalam format yang baru. Abis je kelas terus ada pelancaran tu tapi aku tak join, opis mate aku kat Bukit Bintang tu sensorang je. Jadi kena la aku balik juga ke opis walaupun Sabtu & hari cuti aku. Kena claim O.T. ni. P/S : Istilah di istana ialah 'pacal pondok'. Maksudnya? Tunggu next entry ya! hahahaha! shin_asura taped a piece at 08:32 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Monday, July 10, 2006
Haru Biru..... Haru..... ...gambaran mengenai kejadian yang menimpa aku & gf aku sewaktu kami sedang bersiar-siar kat Putrajaya pada Sabtu lalu ( 8 Julai 2006 ). Kami kemalangan. Kereta kami dilanggar oleh sebuah kereta lain yang tengah tergesa-gesa pemandunye kerana dah lambat untuk ke 'Pesta Air' Putrajaya masa tu. Kami nak buay U-turn tapi kedudukan kami pada bahagian kiri jalan. Takpe lagi, masa lampu ijau kami biarlah kereta-kereta di bahagian kanan lepas dulu sambil perlahan-lahan gf aku 'gelongsor'kan kereta. Aku toleh ke belakang & sepanjang stretch jalan tu memang dah 'clear'. Takde kereta lain. Gf aku pun tengok cermin sisi & confirm takde kereta.....sekali masuk je simpang U-turn tu aku sempat nampak ada benda bergerak dr sebelah kanan & terdengar gf aku terpekik sekejap...then GEDEGANG!!!!! Kena langgar..... Biru... Semalam berakhirlah sudah acara & game yang paling tersohor di muka Bumi ni; World Cup setelah sebulan berlangsung dengan menyaksikan Itali sebagai juara! Forza Italia! Game malam tadi boleh dikatakan antara game terbaik pada kejohanan kali ini sebab 'free-flowing' tanpa banyak sangat tiupan wisel. Perancis mendahului dengan 1 gol penalti pada minit ke 7. Masa tu sumer dah 'favor' Perancis untuk bawak pulang piala 'agung' nih! Kejap lagi tengok; Itali serikan kedudukan melalui tandukan Mazerratti. Pewwittt!!!!! Selebihnye?
Kedudukan seri sampai la lepas waktu tambahan walaupun Itali berjaya jaringkan 1 lagi gol tetapi sebenarnye 3 pemain dah pun 'offside'. Jawabnye? Penalti le!
Itali menang penalti dengan sumer 5 sepakan masuk jaring. Perancis? Kena tiang satu!
Hahahaha! Aku rasa kalau World Cup selalu ada kan, lagi senang aku nak bangun solat Subuh. Bukan la aku malas tapi dalam seminggu tu ada la juga terbabas 2-3 hari. Orang lain aku tak tau ler lepas match sambung balik tido ke tak...ngeh-ngeh! Apa-apahl pun team azzuri aku dah menang......yea.....tokey-tokey yang berlagak dengan aku kat opis kata German aatu Brazil menang tu, nah! Bola itu bulat! Nasib aku tak bet dengan diorang. Hahahahahahaha! P/S : Fareed, we are the champions! Pewwiitt!!!! shin_asura taped a piece at 09:01 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Saturday, June 10, 2006
Smooth start! Hahahaha! Keputusan yang agak mengejutkan; Germany - 4, Costa Rica -2. Semua kata German bole belasah C.Rica tapi opening match awal pagi tadi aku rasa match yang smooth la. Banyak gak fouls tapi Fonseca sorang je kena kad kuning. Baru 5 minit kick-off si Miroslav Klose dah rembat masuk satu gol untuk German tapi di"equalized" kembali bila Wanchope bagi bola leret je kat gol German. Dan game berikutnya dimainkan secara "straight football" yang takde drama swasta minggu ini sumer la... All and all, it was a very cool & smooth game. Aku sokong siapa? Takde side pun sebab bukan match & team yang aku favour. Aku tak tau mana nak sokong sebenarnye, hahahaha! Tapi mungkin aku sokong Itali kot. Ivory Coast pun okay gak...( sebab baju kaler oren cam Belanda...) Yang tak syok tu ada la pulak pengulas tambahan kat umah aku semalam. Boring je dengar dia membebel walhal main bolasepak pun dier tak pernah.....lantak lah. Demam bola katakan.....match yang satu lagi; Poland vs Equador aku malas nak tengok. Kerja la. tap keputusan yang di luar jangkaan juga : Equador- 2, Poland -0! Ramai yang favour Poland sebab experience diorang agaknye. Pastu ada lak sorang uncle cina ni nak ajak betting skali ngan dier untuk match England vs Paraguay malam ni. RM 5-10 tu takpe juga, ni RM5 Ribu tuu!!! siap mintak aku bukak betting site & ajar aku lagi camner nak kira bet! Hish! kalau menang memang seronok la...kalau kalah? Tak ke mampos aku nak mencekau RM 5 Ribu? Kes naya ni! Ahh...tengok je orang main bolaspak tak leh ke diorang ni? hei.......
Antara babak-babak menarik waktu match Germany vs Costa Rica malam tadi. P/S : Pelik la, kalau suruh solat subuh tu bukan main liat ekk orang-orang kita ni...( nasib aku rajin solat subuh so aku terkecuali...heheheheheh! )
shin_asura taped a piece at 09:28 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Saturday, June 03, 2006
Me & Someone special Yep...sebenarnya dah lama dah tapi aku baru amik memory card aku minggu ni jadi leh le aku upload lagi 2-3 gambar & cerita skit hal-hal pasal aku & gf aku ler. Sebenarnye takde apa sangat tapi kami kuar makan KFC chicken chop masa tu. Heheheh, nak cuba je. Tengok ler :
P/S: Makan sampai lebam! Luv & Peace! shin_asura taped a piece at 03:26 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Friday, June 02, 2006
25 May 2006 - Anot Grad lagi! Ya...bersamaan hari Isnin lepas, berpeluang lah aku ke konvokesyen adik aku kat UiTM Shah Alam dan melihat dia mendapatkan ijazahnya. Walaupun Kena tengok melalui skrin besar kat dewan sebelah tapi aku cukup bangga & gembira. Ye la, siapa tak bangga kan? Ahli keluarga sendiri...bulan sepuluh ni adik aku yang sorang lagi pulak dapat diploma dier... Aku? Bagi adik-adik aku lepas dulu.....aku nyer otak "pickup" lagi ni. Aku akan sambung juga belajar bila tiba masanye. Aku pun mesti nak ada diploma @ ijazah juga satu hari nanti supaya aku leh advance lagi dalam apa-apa jawatan yang berkenaan dengan apa yang aku nak belajar tu ler...paham? Tak? Hahahaha......
P/S: Knowledge is Power.....& being Asura, I crave Power! Mwahahahaha! Luv & Peace by the way! shin_asura taped a piece at 02:56 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Tuesday, April 25, 2006
Siti_Irra ------------------------------------------------------------------------------------------ Tuesday, April 18, 2006
Bertemu kawan-kawan lama! .....dah macam episod citer shinchan la pulak; asik bertemu je ni..... Gini citernyer.... Kami tiba kat bangi dalam kul 5 camtu, then tunggu si eina lak sampai. Bila dah sampai eina bawak ler ke restoran 'Car 24' . Restoran masakan melayu + western yang bukan ala-ala mahal tapi memang mahal... Selesai pertemuan aku balik ke umah mak pulak tapi singgah ke LCCT Sepang amik sepupu aku yang baru balik dari Kota Kinabalu. Sambil-sambil tunggu leh pulak jumpa si Fazlim; keje sama aku masa kat midvalley dulu. Dia lak tengah tunggu awek dier dari Kota Bharu. Hahaha! Lama tak jumpa si Fazlim ni.....
P/S : Biler plan nak jumpa tu selalu tak dapat..... shin_asura taped a piece at 06:50 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Tuesday, April 11, 2006
Tak bertemu sape pun kali ni..... hahahahaha!...ya! itulah hakikatnya! Hah, takde mende lah...saje nak update blog jer pun. Selamat menyambut Hari Keputeraan Rasul kita Muhammad S.A.W. Semalam lak besday aku...( pakcik dah tua...uhuk-uhuk!) X der event apa sangat nak di ceritakan...kalau nak tau pun, sila klik kat sini ye!----->my other page! Apa-apa hal, Luv & Peace people! & don't forget to perform the solah! P/S: Aku dapat kad besday sepupu aku bagi tapi dier print gambar kawen parents dier...x paham..... shin_asura taped a piece at 08:12 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Wednesday, April 05, 2006
Bertemu Lin Haa...dapat gak jumpa! 11 Mac lepas sebenarnye tapi baru rajin nak bagitau...heheh! Al-kisah konon-konon nak wat gath ngan bebudak UG le ni...tapi masing-masing tak mau mengalah dengan menunjukkan diri masing-masing BZ... Al-kisahnye, Lin ni lecturer kat kolej tmpt aku blaja dulu...zaman-zaman UG tu. Biasa dengan panggilan Cik Lin, beliau ni merupakan pojaan hati setiap pelajar lelaki yg belajar time tu! ( termasuk la aku agaknye sebab aku lelaki...kuang x3! ) Muka dier bulat, comel-comel gitu! Aww!
Bila dah bertemu, maka bermulalah bibit-bibit kebosanan ala-ala citer sharifah aini tu...apa aku melalut ni? Bila dah bertemu tu sebenarnye gembira la...mana tak nye, dah lama tak jumpa maka masing-masing melepaskanlah rindu dendam membara ala-ala citer Bara awie tu...ish! Apa hal aku ni? Hahahaha! Takde gathering tapi alang-alang dah jumpa kita orang pun layan tengok wayang kat midvalley...citer Underworld : Evolution. Lama dah nak ajak Lin ni tengok wayang. Mujur dapat gi kali ni! Lain kali kita book ekk Lin! jangan mare! P/S : Eeeee.....comel yang luarbiasa! Tak leh tahan ler...... shin_asura taped a piece at 04:22 pm ------------------------------------------------------------------------------------------
|
Faces
My Pieces
Waktu : Old Pieces
Other Pieces
Penjuru lain :
Silaturrahim :
Berita :
Listen to something
***10/06/06: Uploaded 2 more songs: "I Walk Beside You" & "Friday I'm In Love". ***Enjoy!!*** No Regrets
Pics!
Sembang Live!
Tape the Pieces
Thanks
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||